Kelas Interaktif e-Kelas Maxis (Bahasa Inggeris) Tingkatan 1, 2 & 3

21 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2018 bersamaan hari Jumaat, PI1M Batang Melaka telah mengadakan kelas secara online anjuran Maxis iaitu Kelas Interaktif e-Kelas Maxis dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kelas ini juga dijalankan secara langsung dan serentak dengan PI1M MAXIS yang lain.

Kelas ini telah dijalankan di bilik latihan PI1M Batang Melaka dan mengikut peringkat tingkatan masing-masing. Mata pelajaran bahasa Inggeris ini juga diajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan selaras dengan pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah.

Kelas yang dijalankan adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
Kelas Masa
Tingkatan 1 3.00 - 4.00 ptg
Tingkatan 2 4.00 - 5.00 ptg
Tingkatan 3 5.00 - 6.00 ptg

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali