Kelas Interaktif e-Kelas Maxis (Sains & Matematik) Tingkatan 1, 2 & 3

06 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2018 bersamaan hari Sabtu, PI1M Batang Melaka telah mengadakan kelas secara online anjuran Maxis iaitu Kelas Interaktif e-Kelas Maxis dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Kelas ini juga dijalankan secara langsung dan serentak dengan PI1M MAXIS yang lain. Kelas ini telah dijalankan di bilik latihan PI1M Batang Melaka dan mengikut peringkat tingkatan masing-masing. Mata pelajaran Sains dan Matematik ini juga diajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan selaras dengan pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah.

Kelas yang dijalankan adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran Sains
Kelas Masa
Tingkatan 1 11.00 - 12.00 tngh hari
Tingkatan 2 2.00 - 3.00 ptg
Tingkatan 3 4.00 - 5.00 ptg
Mata Pelajaran Matematik
Kelas Masa
Tingkatan 1 1.00 - 2.00 ptg
Tingkatan 2 3.00 - 4.00 ptg
Tingkatan 3 5.00 - 6.00 ptg

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali