Maklumat Komuniti


Ringkasan
Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Sempadan bagi kedua negeri Melaka dan Negeri Sembilan pekan Batang Melaka adalah ditengah-tengah pekan Batang Melaka, yang mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan.

Populasi

Penduduk Batang Melaka terdiri dari bangsa Melayu, India, China dan sebahagian kecil komuniti Orang Asli. Mereka ini kebanyakkannya bekerja sendiri seperti menoreh getah, petani/peladang, peniaga dan sebahagian kecil disektor swasta dan kerajaan. Anggaran penduduk di kawasan Batang Melaka adalah seramai 5000 orang.

Terdapat 8 buah kampung di dalam kawasan pentadbiran JKKK Kampung Batang Melaka;
1. Kg. Hulu Batang Melaka
2. Kg.Hilir Batang Melaka
3. Kg. Tengah Batang Melaka
4. Rumah Awam Batang Melaka
5. Taman Batang Melaka Baru
6. Kg. Baru On Lok
7. Taman Batang Melaka Baru
8. Kg. Ayer Sialang

Parlimen
Batang Melaka dari segi politiknya termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Asahan, Melaka dan kawasan Parlimen Alor Gajah, Melaka.

Nama : YB Redzuan bin Yusof
Parti : PPBM
Parlimen : P135
Kawasan : Alor Gajah
Negeri : Melaka
No. Telefon : -
No. Faks : -
E-Mail : -
Alamat Surat-menyurat : -

DUN

YB Datuk Wira Hj. Abdul Ghaffar Bin Atan
Parti : BN – UMNO
DUN : N10
Kawasan : ASAHAN
Portfolio: Exco Kerja Raya Dan Kemudahan Awam
No. Telefon : 06-2307400 / 401
No. Fax : 03- 2328929
E-Mail : abghafaar@melaka.gov.my

JKKK

En.Sharif Bin Suboh
Jawatan : Pengerusi JKKK Batang Melaka
Alamat : Bt 27 Jln Kg Hulu Batang Melaka, Selandar, 77500 Asahan, Melaka
No Telefon: 011-14794488